Friday, June 11, 2010

MIZA Homestay dan Guesthouse Mempelawa Keluarga dan Rombongan Anda Menginap

MIZA Homestay terletak dalam bandar Machang di Negeri Kelantan. Alamat MIZA Homestay ialah C101 Jalan Tanah Merah 18500 Machang, Kelantan.


Miza di usahakan oleh pasangan suami isteri bekas guru yang baru bersara. Mereka mempunyai sebuah rumah yang agak besar dan luas. Oleh kerana anak-anak telah "meninggalkan sarang" dan tinggal di rumah masing-masing, maka rumah yang besar ini di bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di diami oleh mereka sendiri dan satu bahagian lagi di jadikan ruang penginapan untuk tetamu yang memerlukan tempat penginapan.

 Terdapat ruang meletak kereta yang luas di sekitar rumah yang di kelilingi dengan sebuah taman yang nyaman.
















Bahagian yang di persiapkan untuk rumah tamu terdiri dari 3 (tiga) bilik tidur (masing-masing mempunyai bilik air/bilik mandi tersendiri) dan ruang tamu  yang luas. Peti ais, tempat membuat minuman panas dan setereka di sediakan.


Bilik 1 di sediakan dengan 1 katil kelamin (double) untuk dua orang dewasa. Sewa untuk bilik ini ialah RM50.00 untuk satu malam.
















Bilik 2 juga di sediakan katil kelamin (double) untuk dua orang dewasa.  Harga sewa untuk bilik ini ialah RM50.00 juga untuk satu malam.


Bilik 3 dilengkapi dengan 1 katil triple, dua katil single dan satu katil yang boleh di simpan dibawah salah satu katil single dan boleh di tarik keluar untuk tidur. Seramai enam orang boleh tidur dalam bilik ini di atas katil. Harga sewa untuk bilik ini ialah RM70.00 untuk satu malam.















Sekiranya ketiga-tiga bilik ini di sewa serentak oleh sesuatu kumpulan, ia di sewakan dengan harga keseluruhan yang istimewa iaitu RM150.00 untuk satu malam  untuk tiga bilik dan seluruh ruang tamu.

Harga yang di sebutkan di atas tidak termasuk makan dan minum. Sekiranya tetamu ingin kan makanan di sediakan, sila berunding dengan pengusaha MIZA Homestay ini Che Gu Mat dan Che Gu Wan Zainab.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila telepon Nombor 09-975 2573 atau 013 950 8994.


TUNJUK HALA KE MIZA HOMESTAY

DARI ARAH SELATAN: Dari Kuala Lumpur, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Kerai.

Bandar Machang terletak antara bandar Kuala Krai dan Kota Bharu.

Apabila memandu dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu anda akan melintasi Machang. Sebelum tiba di Machang, and mula-mula  akan tempuhi Kampong Batu 30 dan  Kemuning. Setelah melepasi Kampong Kemuning perhati papan tanda tunjuk hala ke Machang. Belok ke  kanan apabila papan tanda menunjuk hala ke  Machang. Anda akan memandu di jalan raya yang di sebelah kiri dan kanannya adalah tanah sawah. Pandu kira-kira 0.5m lagi dan anda akan jumpa simpang tiga berdekatan dengan Balai Bomba. Masuk kiri di simpang tiga ini dan jalan ini ialah Jalan Tanah Merah (lama). Pandu terus sehingga anda  akan jumpa Sekolah Menengah Agama Wataniah di sebelah kanan. Pandu kedepan beberapa meter  lagi dan perhatikan anda akan nampak papan tanda MIZA Homestay di sebelah kanan. Selamat Datang.

Dari Kota Bharu

Sebelum tiba di bandar Machang, ada papan tanda yang menunjukkan masuk kiri ke Bandar Machang. Sekiranya anda pandu terus pada jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai, anda tidak akan memasukki bandar Machang.  Jadi anda perlu belok kiri di persimpangan yang di tunjukkan ke bandar Machang. Setelah belok kiri, pandu terus dan akan melepasi dua lampu isyarat. Panda terus ke  depan hingga anda akan jumpa Balai Bomba disebelah kanan. Di situ juga anda akan jumpa simpang tiga. Masuk kanan di simpang 3 tersebut. Anda sekarang berada di atas Jalan Tanah Merah. Pandu terus sehingga anda  akan jumpa Sekolah Menengah Agama Wataniah di sebelah kanan. Pandu kedepan beberapa meter  lagi dan perhatikan anda akan nampak papan tanda MIZA Homestay di sebelah kanan. Selamat Datang.