Friday, June 11, 2010

MIZA Homestay dan Guesthouse Mempelawa Keluarga dan Rombongan Anda Menginap

MIZA Homestay terletak dalam bandar Machang di Negeri Kelantan. Alamat MIZA Homestay ialah C101 Jalan Tanah Merah 18500 Machang, Kelantan.


Miza di usahakan oleh pasangan suami isteri bekas guru yang baru bersara. Mereka mempunyai sebuah rumah yang agak besar dan luas. Oleh kerana anak-anak telah "meninggalkan sarang" dan tinggal di rumah masing-masing, maka rumah yang besar ini di bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian di diami oleh mereka sendiri dan satu bahagian lagi di jadikan ruang penginapan untuk tetamu yang memerlukan tempat penginapan.

 Terdapat ruang meletak kereta yang luas di sekitar rumah yang di kelilingi dengan sebuah taman yang nyaman. Walau bagaimana pun, oleh kerana kadangkala terdapat ramai diantara tetamu membawa terlalu banyak kenderaan, maka pengusaha guesthouse ingin menghadkan jumlah kenderaan yang boleh di parking  di sekitar homestay ini.

Gambar-gambar adalah hiasan, dan mungkin tidak mengenai unit berkenaan, tetapi mengenai unit yang lain.















Berikut adalah kemudahan penginapan yang di sediakan mengikut keadaan, keluasan dan jumlah bilik di dalam nya.

UNIT 1: Rumah 2 tingkat
UNIT 1.1 Terdiri dari sebuah Rumah 2 tingkat:  Rumah 2 Tingkat ni boleh memuatkan sehingga dan di hadkan kepada 20 orang penghuni. Sewa untuk UNIT 1.1 ini ialah RM250.00 untuk satu malam. Tetamu hanya boleh parking sebanyak maximum 4 buah kereta sahaja.

UNIT 1.2. Bahagian bawah sahajasekiranya tetamu ingin sewa bahagian bawah rumah ini sahaja, terdiri dari satu bilik tidur dan ruang duduk, sewanya ialah RM150 untuk satu malam. Jumlah tetamu yang boleh menginap di sini ialah maksimum 10 orang, dan hanya 2 buah kereta di benarkan parking di sini.



















UNIT 2. Rumah Teres 3 Bilik.  Harga sewa untuk unit ini ialah RM180.00 untuk satu malam. JUMLAH tetamu di hadkan kepada 15 orang sahaja. hanya 3 buah kereta di benarkan parking di sini.



UNIT 3 Merupakan sebuah chalet / bilik berasingan yang luas dan selesa. Unit 3 ini boleh di muatkan dan di hadkan hingga 10 orang tetamu. Harga sewa untuk bilik ini ialah RM150.00 untuk satu malam. hanya 2 buah kereta di benarkan parking di sini.


















UNIT 4. Sebuah bilik di lengkapi aircon (berhawa dingin)
Sewa ialah RM100.00 untuk satu malam .Jumlah dan had tetamu yang boleh menginap ialah 5 orang. hanya 1 (satu) buah kereta di benarkan parking di sini.

UNIT 5. Bilik berkipas angin.
Sewa ialah RM80.00 untuk satu malam .Jumlah dan had tetamu yang boleh menginap ialah 5 orang. hanya 1 (satu) buah kereta di benarkan parking di sini.

Harga yang di sebutkan di atas tidak termasuk makan dan minum. Sekiranya tetamu ingin kan makanan di sediakan, sila berunding dengan pengusaha MIZA Homestay ini Che Gu Mat dan Che Gu Wan Zainab.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila telepon Nombor 09-975 2573 atau 013 950 8994.


TUNJUK HALA KE MIZA HOMESTAY

DARI ARAH SELATAN: Dari Kuala Lumpur, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Kerai.

Bandar Machang terletak antara bandar Kuala Krai dan Kota Bharu.

Apabila memandu dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu anda akan melintasi Machang. Sebelum tiba di Machang, and mula-mula  akan tempuhi Kampong Batu 30 dan  Kemuning. Setelah melepasi Kampong Kemuning perhati papan tanda tunjuk hala ke Machang. Belok ke  kanan apabila papan tanda menunjuk hala ke  Machang. Anda akan memandu di jalan raya yang di sebelah kiri dan kanannya adalah tanah sawah. Pandu kira-kira 0.5m lagi dan anda akan jumpa simpang tiga berdekatan dengan Balai Bomba. Masuk kiri di simpang tiga ini dan jalan ini ialah Jalan Tanah Merah (lama). Pandu terus sehingga anda  akan jumpa Sekolah Menengah Agama Wataniah di sebelah kanan. Pandu kedepan beberapa meter  lagi dan perhatikan anda akan nampak papan tanda MIZA Homestay di sebelah kanan. Selamat Datang.

Dari Kota Bharu

Sebelum tiba di bandar Machang, ada papan tanda yang menunjukkan masuk kiri ke Bandar Machang. Sekiranya anda pandu terus pada jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai, anda tidak akan memasukki bandar Machang.  Jadi anda perlu belok kiri di persimpangan yang di tunjukkan ke bandar Machang. Setelah belok kiri, pandu terus dan akan melepasi dua lampu isyarat. Panda terus ke  depan hingga anda akan jumpa Balai Bomba disebelah kanan. Di situ juga anda akan jumpa simpang tiga. Masuk kanan di simpang 3 tersebut. Anda sekarang berada di atas Jalan Tanah Merah. Pandu terus sehingga anda  akan jumpa Sekolah Menengah Agama Wataniah di sebelah kanan. Pandu kedepan beberapa meter  lagi dan perhatikan anda akan nampak papan tanda MIZA Homestay di sebelah kanan. Selamat Datang.